fb fb fb fb fb

Kes tampar pemain bola tampar, MAVA dan KPM akan putuskan

KRUBONG, 4 Januari- Keputusan menggantung atau menamatkan perkhidmatan Jurulatih Pasukan Bola Tampar Melaka B-14 (Wanita) yang bertindak menampar pemainnya baru-baru ini, akan diputuskan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) selepas siasatan persatuan itu bersama Kementerian Pendidikan (KPM) selesai dilakukan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam berkata, meskipun permohonan maaf dan persefahaman antara jurulatih dan ibu bapa sudah diselesaikan, isu berkenaan memerlukan penelitian yang rapi kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.

Katanya, kedudukan jurulatih itu terbahagi kepada tiga, pertamanya ialah siasatan pihak kerajaan negeri kerana penularan tersebut , keduanya beliau berkhidmat dengan KPM maka Unit Integriti mereka akan membuat siasatan lanjut.

"Syornya jurulatih wajib meminta maaf secara umum. Keduanya, mungkin sijil latihan beliau akan digantung selama setahun atau dua tahun.

"Perkara itu disebabkan ia merupakan tindakan yang dikenakan. Kami mewakili persatuan-persatuan lain tidak mahu kes yang berlaku ini tiada sebarang tindakan dikenakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu berkenaan, di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava), Hean Boon Yeow serta jurulatih dan ibu bapa dua remaja perempuan yang terlibat dlm insiden berkenaan di Krubong, Melaka.

Mengulas lanjut, beliau memohon semua pihak untuk tidak lagi memperbesar isu berkenaan kerana ianya bukan hanya menjejaskan emosi jurulatih yang terlibat, sebaliknya turut memberi gangguan emosi kepada kedua-dua pelajar perempuan tersebut.

(VP Shanmugam)

Media Baharu