fb fb fb fb fb

Penyokong The Reds gembira Klopp kekal di Anfield hingga 2026

LIVERPOOL, 29 April- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menyambung kontrak baharu yang bakal menyaksikan dia kekal di Anfield sehingga musim 2026.

Klopp yang kontrak asalnya dijangka berakhir pada 2024, berjaya mengubah reputasi Liverpool sejak tiba di kelab berkenaan pada 2015.

Pengendali dari Jerman itu telah membantu The Reds memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris.

Menurut Klopp, dia sangat gembira, merendah diri dan bersyukur kerana dapat terus bersama kelab Merseyside itu untuk 2 tahun lagi.

"Terlalu banyak yang saya sayang di sini. Saya tahu sebelum saya datang ke sini. Saya tahu lebih banyak selepas tiba dan kini saya tahu lebih daripada sebelumnya."

"Sama seperti hubungan baik yang lain, ia mesti babitkan dua pihak, anda perlu sesuai antara satu sama lain. Perasaan itu sememangnya sesuai antara satu sama lain yang membuatkan saya datang ke sini dan kerana itu saya menyambungnya sebelum ini," kata Klopp kepada AFP.


(Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bersama anak buahnya Alexander Arnold, Fabinho dan Robertson/AFP)

Dia juga mengakui sokongan penuh daripada pemain dan penyokong Liverpool telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus mencipta kejayaan di Anfield.

Liverpool masih mengejar empat trofi musim ini.

Mereka sudah menang Piala Liga dan akan berdepan Chelsea pada final Piala FA bulan depan.

Skuad Reds juga hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City berbaki lima perlawanan dan mendahului 2-0 selepas separuh akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan Villarreal.-AFP

Media Baharu