fb fb fb fb fb

Liga Premier 2021: PDRM bangkit dua kali, ikat Kuching City, 2-2

KUALA LUMPUR, 29 April- Aksi Liga Premier menyaksikan PDRM FC bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menghalang Kuching City FC mengutip mata penuh dengan keputusan 2-2, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Jaringan penyamaan menerusi penalti pemain tengah, Muhammad Azrie Reza Zamri pada masa kecederaan berjaya menghadiahkan satu mata kepada PDRM yang sebelum ini tewas dalam dua perlawanan terakhir.

Pada aksi tersebut, Kuching City yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu di depan menerusi sentuhan penyerang Abu Kamara pada minit ke-10, namun tuan rumah meenyamakan kedudukan 1-1 hasil penyudah Martin Adamec pada minit ke-23.

Pemain pertahanan, Aylton Alemao memberi harapan kepada Kuching City untuk mengutip tiga mata apabila meledak gol kedua pada minit ke-84, namun impian itu musnah dengan jaringan penalti Muhammad Azrie.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan yang berkongsi tujuh mata dengan Kuching City di tangga keenam, sementara PDRM di tangga ketujuh.


(Aksi Liga Premier antara PDRM FC  menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi/ FB PDRM Football Club)

Media Baharu