fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Ronaldo berjaya ikat Chelsea 1-1

MANCHESTER, 29 April- Manchester United gagal memanfaatkan peluang mengutip tiga mata penuh berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu hanya berjaya mengikat mata seri 1-1 sekali gus memberi tamparan hebat buat beliau untuk memperbaiki prestasi pasukan musim ini.

Tirai jaringan dibuka pada minit ke-59 dengan sepakan deras daripada Marcos Alonso menerusi hantaran di depan gawang oleh Reece James.


(Pertahanan Chelsea, Marcos Alonso dicabar Diogo Dalot pada aksi awal pagi tadi/AFP)

Tidak lama itu, bintang The Red Devils, Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol penyamaan dan meningkat moral pasukan.

Gol Ronaldo yang hadir pada minit ke-62 ialah jaringan ke-17 miliknya dalam liga musim ini dengan hanya Mohamed Salah dari Liverpool menemui lebih banyak sasaran dan bekas pemain Real Madrid itu meledak lapan daripada sembilan gol terakhir pasukannya.

"Bukan hanya gol dijaringkan Cristiano tetapi persembahannya secara keseluruhan, perwatakannya pada usia 37 tahun, bukanlah sesuatu yang normal untuk melakukannya," kata Rangnick.

"Jika dia bermain seperti dilakukannya hari ini, dia masih boleh memberikan banyak bantuan untuk pasukan ini," katanya.

"Ia mata yang bagus buat kami. Pada babak pertama Chelsea mendominasi perlawanan. Anda boleh lihat mereka ada pemain hebat dan sangat teratur, dan bukanlah mudah mengawal mereka," kata pengurus sementara itu yang akan digantikan oleh bos Ajax Amsterdam, Erik ten Hag pada penghujung musim.

Keputusan berkenaan memberikan Chelsea kedudukan ketiga liga dengan 66 mata manakala United di tangga keenam bersama 55 mata, lima di belakang pasukan tangga keempat Arsenal dan bermain lebih dua perlawanan.-REUTERS

Media Baharu