MIAMI, 23 September - Petinju sensasi Jake Paul dan juara WBA Lightweight, Gervonta "Tank" Davis, saling berbalas kata-kata panas pada sidang media menjelang pertarungan mereka yang dijadualkan berlangsung di Miami.
Pertarungan tersebut menjadi bualan ramai susulan perbezaan ketara dalam kategori berat badan kedua-dua petinju. Davis kini beraksi dalam kelas lightweight, manakala Paul sebelum ini bertarung dalam kategori cruiserweight dan heavyweight.
Menurut penganjur sidang media, kedua-dua pihak bersetuju menetapkan had berat maksimum pada 195 paun.
Aksi yang dijadualkan pada 14 November itu pada asalnya dirancang di Atlanta, namun dipindahkan ke Miami, menurut pengumuman Most Valuable Promotions (MVP), syarikat promosi milik Paul, minggu lalu.
Paul berkata, pertarungan tersebut akan berlangsung di Kaseya Center dan disiarkan secara langsung menerusi platform Netflix.-REUTERS