fb fb fb fb fb

Penggantungan FIFA : Tiga pemain JDT terkesan

Joao Figueiredo (kanan), Jon Irazabal (tengah) dan Hector Hevel (kiri) tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan

KUALA LUMPUR, 29 September - Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan keputusan itu, tiga pemain daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.

"Tindakan susulan hanya akan diambil selepas keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA," menurut kenyataan MFL.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE