fb fb fb fb fb

Kyaw Min Oo sertai TFC, jadi nadi penting Skuad Penyu

Import terbaru TFC, Kyaw Min Oo dari Myanmar

KUALA NERUS, 29 September - Terengganu FC (TFC) memperkukuh jentera tengah mereka dengan pengumuman pemain import terbaru, Kyaw Min Oo dari Myanmar, yang bakal menjadi nadi pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Sheikh Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak semusim dan diharapkan dapat memperkuat benteng pertahanan serta memberi impak segera di bahagian tengah.

“Min Oo bukan sahaja berpengalaman luas bersama PDRM FC dan skuad kebangsaan Myanmar, malah mampu beraksi sebagai pemain tengah atau pertahanan tengah. Kehadirannya akan menambah tenaga baharu dan kepimpinan kepada skuad Penyu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Min Oo sebelum ini merupakan kapten PDRM FC dan tonggak utama skuad kebangsaan Myanmar, terkenal dengan ketenangan, disiplin taktikal dan kepimpinan di atas padang.

Pengalaman luas di peringkat kelab dan antarabangsa menjadikan beliau aset penting bagi TFC musim ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE