fb fb fb fb fb

Penganjuran LTdL, lebih banyak negeri perlu sedia keluar dana - KBS

Menteri KBS, Hannah Yeoh/BERNAMA

BINTULU, 6 Oktober- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap lebih banyak negeri bersedia keluarkan peruntukan bagi menjadi tuan rumah saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), musim depan. 

Menterinya, Hannah Yeoh berkata sokongan semua pihak amat penting bagi membolehkan Malaysia terus menjadi pentas pelumba terbaik dunia beraksi.

"Kami tidak dapat banyak maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung dana dan penajaan. Jadi, urusan mencari penaja semua dilakukan kerajaan negeri."

"Semua mahu jadi tuan rumah. Tetapi seperti yang saya katakan, kos penganjuran di Sarawak juga tidak mudah kerana kosnya amat besar."

"Namun, kami tetap mahukan pelumba merasai pengalaman beraksi di semenanjung serta Sarawak," kata Hannah kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan pelumba pada perlumbaan terakhir LTdL 2024 di Loop Bintulu.

Sebanyak RM8.1 juta telah diterima daripada penaja untuk penganjuran LTdL tahun ini termasuk daripada Petronas dan Tourism Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM