fb fb fb fb fb

Pengadil tinju ikonik dunia, Mills Lane meninggal dunia

FOTO AFP

LOS ANGELES, 7 Disember- Pengadil tinju ikonik, Mills Lane dilaporkan telah meninggal dunia.

Berita tersebut disahkan Dewan Kemasyhuran Tinju Nevada pada Selasa.

Mills Lane merupakan satu nama besar dalam arena tinju dunia selain pernah mengadili satu pertarungan kontroversi yang digelar 'The Bite Fight' di antara Mike Tyson dan Evander Holyfield pada Jun 1997.

"Dewan Kemasyhuran Tinju Nevada meratapi pemergian pengadil hebat, Mills Lane," kata institusi itu di laman webnya.

Lane meninggal dunia pada usia 85 tahun, akibat strok yang dialaminya sejak April 2002.

Menurut anak lelakinya, Tommy Lane, bapanya mengalami kemerosotan kesihatan yang ketara kebelakangan ini.

"Dia mengalami penurunan kesihatan yang ketara secara keseluruhannya. Kehilangannya berlaku dengan cepat, kami akur. Dia sangat selesa dikelilingi ahli keluarganya," jelas Tommy kepada AFP.

(
(FOTO AFP)

Lane terkenal dengan slogan prapertarungannya, "Mari kita lakukannya!" selain mutu pengadilan yang tegas dalam gelanggang.

Pertarungan yang digelar 'The Bite Fight' telah meningkat namanya dalam arena tinju selepas pertarungan kontroversi itu menjadi tumpuan dunia.

Ia berikutan legenda tinju, Mike Tyson hilang kelayakan dalam perlawanan timbal balik bagi kategori 'heavyweight' akibat mengigit telinga Holyfield.

Lane juga telah mengadili kemenangan semula Tyson ke atas Peter McNeeley di Las Vegas, di mana McNeeley yang tidak dapat ditandingi telah hilang kelayakan apabila pengurusnya memasuki gelanggang.

Lane meninggalkan seorang balu, Kaye dan dua anak lelaki, Terry Lane dan Tommy Lane.-AFP

Media Baharu