fb fb fb fb fb

KDA FC setuju jalin kerjasama dengan KAKB

ALOR SETAR, 7 Disember - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bersetuju menjalin kerjasama dengan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) sebagai Rakan Strategik KDA FC bagi tahun 2023.
 
Jalinan kerjasama ini melibatkan aspek perniagaan menerusi strategi pemasaran mampan yang akan menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi KDA FC.
 
Pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KDA FC dan KAKB, KDA FC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali manakala KAKB diwakili Pengerusinya, Muhammad Edi Soffie Ramli.
 
MoU antara kedua-dua pihak turut disaksikan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Setiausaha KAKB, Kesuma Khartini Mohd Zahir.

(Majlis menandatangani MoU antara KDA FC
dan KAKB diadakan di House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar)

Dr Mohd Daud berkata, pihaknya akan terus mencari rakan strategik sebagai rangkaian perniagaan yang mampu menyuntik sumber pendapatan kepada KDA FC.
 
"Kita juga membuat sedikit MoU dengan pihak Koperasi Anak Kedah Berhad untuk menolong pasukan KDA FC dalam memasarkan apa sahaja barang dan perkhidmatan yang melibatkan jenama dan profiling Kedah FC," kata Dr Mohd Daud di sini.

"Koperasi ini sebenarnya ada jalan untuk dapatkan untuk dapatkan dana. Jadi daripada itulah kita akan mainkan peranan untuk kita dapatkan sedikit dana daripada peminat-peminat kita untuk bantu koperasi sebab kita tahu rakyat Kedah ini ramai peminat bola tetapi mereka mahu menyumbang. Jadi koperasilah sebagai platform untuk mereka menyumbang dan kita kembalikan kepada bola sepak," kata Edi Soffie.

Dalam pada itu, KDA FC turut mengumumkan syarikat pengeluar air mineral yang berkualiti tinggi, Langkawi Pure sebagai antara penaja utama pasukan itu musim 2023.
 
KDA FC turut akan menyusun pelan pendigitalan bersama rakan strategik iaitu Data Sukan Consulting Sdn Bhd.       
 

Media Baharu