fb fb fb fb fb

Sean ingin terus berbakti untuk Negeri Sembilan FC

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Keputusan untuk terus bersama Negeri Sembilan FC musim ini memberikan makna yang besar buat pemain sayap, Sean Eugene Selvaraj.

Ini berikutan perjalanan kariernya yang kembali pulih selepas berjaya mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Menurut Malaysian Football League, Sean akui berpuas hati kerana mampu membantu skuad Hobin Jang Hobin menamatkan musim 2022 di tahap membanggakan apabila menduduki tempat keempat Liga Super.

Dia berharap mampu meletakkan pasukan itu di tahap lebih baik musim depan jika khidmatnya masih diperlukan.


(Foto Malaysian Football League)

Pemain berusia 26 tahun ini menjaringkan tiga gol buat Negeri Sembilan.

Menyentuh tahap kecederaan, Sean yang terlepas saingan Piala Malaysia akibat kecederaan di lutut berkata dia hampir pulih dan boleh menjalani latihan sebaik musim baharu bermula.

Media Baharu