fb fb fb fb fb

Penerjun negara Ng Yan Yee umum persaraan

Foto Facebook hannahyeoh

KUALA LUMPUR, 17 April - Selepas dua dekad, penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee mengumumkan persaraannya dari sukan itu.

Pengumuman itu dibuat atlet berusia 30 tahun tersebut menerusi video di media sosial miliknya pada Selasa.

Dalam video tersebut, Wendy Ng mengakui, dia sememangnya sudah bersedia untuk meninggalkan sukan yang disayanginya.

Katanya, persaraannya itu merupakan permulaan untuk perjalanan yang baharu.

Dalam tempoh itu, Wendy menghabiskan 17 tahun untuk mewakili skuad kebangsaan.

Sepanjang karier, Wendy pernah menyertai Sukan Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Aksi terakhirnya adalah pada Kejohanan Dunia di Doha Februari lalu.

Wendy juga pernah memenangi pingat perak ketika Sukan Asia Guangzhou 2010 bersama Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong di Sukan Asia Incheon 2014.

Dia turut meraih perak bersama Nur Dhabitah Sabri di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.

Majlis Olimpik Malaysia, MOM,turut meluahkan penghargaan di atas sumbangan Wendy yang dimuatnaik di media sosial rasminya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD