fb fb fb fb fb

Penaja utama KDA FC masih belum dimuktamadkan

Sekitar majlis memperkenalkan penaja KDA FC bagi musim 2024/25

ALOR SETAR, 26 Julai- Kelab bola sepak Kedah Darul Aman KDA FC hari ini mengumumkan senarai 30 rakan penaja terdiri penaja bersama, rakan rasmi, strategik dan rakan niaga bagi musim 2024/25.

Namun, menurut pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud  Bakar pihaknya masih mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk menjadi penaja utama, pertama, kedua, ketiga dan juga keempat.

"Setakat ini, kita ada 10 rakan niaga dan jumlah itu dijangka bertambah sehingga 100 pada akhir musim ini, setiap minggu kita adakan sidang media untuk memperkenalkan rakan niaga yang baharu, jadi saya harap penyokong dan rakyat Kedah dapat terus memberi sokongan kepada usaha ini," katanya.

Tambah Tan Sri Dr Daud, perjalanan untuk mencari penaja bukan mudah dan melalui pelbagai rintangan namun dilalui penuh ujian dan cabaran.

Beliau turut berharap insiden pemotongan tiga mata berikutan isu pembayaran gaji pemain dan pegawai KDA FC tidak akan seperti berlaku seperti tahun lalu.

Beliau berkata demikian selepas majlis memperkenalkan  penaja, rakan rasmi,rakan strategik dan rakan perniagaan KDA FC di musim 2024/25 di bilik sidang media ,stadium darulaman Alor Setar hari ini.

Sementara itu mengenai jersi baharu pasukan, Tan Sri Dr Daud berkata sambutan terhadap kedua jersi laman sendiri dan kunjungan mendapat sambutan menggalakkan sememangnya ditunggu para peminat KDA FC .

Jersi  baharu KDA FC keluaran ALX dilihat menonjol berbanding jersi-jersi sebelumnya dengan jersi pertama mengekalkan kombinasi warna tradisi hijau dan kuning.

Sementara jersi kedua  pula menggunakan warna hijau gelap dengan sedikit campuran warna jingga. Rekaan jersi ini juga istimewa kerana ALX memasukkan slogan ‘Hijau Kuning Lambang Kebanggaan’ pada bahagian dalam jersi berkenaan.

Kedua-dua jersi turut menampilkan beberapa logo entiti korporat yang menjadi rakan komersial dan strategik pasukan untuk musim 2024/25.

Manakala jersi ketiga KDA FC akan dilancarkan September depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE