fb fb fb fb fb

Pemulihan ketagihan dadah melalui aktiviti sukan

Gimnasium PUSPEN Dengkil siap dibina hasil kerjasama pelbagai pihak - Foto FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Untuk keluar dari ketagihan toksik seperti dadah, ia perlu diganti dengan ketagihan baharu yang sihat dan sesuatu yang boleh dilakukan secara individu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, memahami keperluan itu justeru pihaknya merancang mewujudkan fasiliti gimnasium di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Ia sebagai usaha menyokong pemulihan gaya hidup sihat dalam kalangan penghuninya.

1608 SKN HANNAH GYM PUSPEN 2Hannah bergambar bersama wakil pelbagai pihak yang turut sama menjayakan pembinaan gimnasium PUSPEN - Foto FB Hannah Yeoh 

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, beliau berkongsikan perkembangan terkini projek pembinaan gimnasium di PUSPEN Dengkil, Selangor.

Menurutnya, hasil usaha dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Persatuan Usahawan Gimnasium Malaysia dan Institut Sukan Negara (ISN) ia berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata, hasil daripada usaha berkenaan kini dapat dilihat dalam tempoh yang singkat apabila penghuni wanita pusat berkenaan berjaya mempelajari seni mempertahankan diri karate.

"Apabila kita meletakkan diri dalam kasut pihak berkepentingan, kita akan menggubal dasar dan program yang benar-benar memenuhi keperluan mereka. Maka, tiada pembaziran akan berlaku," katanya.

1608 SKN HANNAH GYM PUSPEN 5Hannah menyantuni penghuni PUSPEN - Foto FB Hannah Yeoh

Hannah berkata, tanpa sokongan sektor swasta, usaha ini tidak mungkin dapat direalisasikan dalam masa yang singkat.

Tegasnya, di Malaysia isu kekurangan sumber tidak timbul jika sektor awam dan swasta bergabung tenaga, namun apa yang kurang hanyalah koordinasi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas sokongan mereka dalam usaha membantu belia yang sedang bergelut (dadah).

"Jika anda sedang membaca ini dan organisasi anda ingin menyertai usaha kami untuk menubuhkan gimnasium di kesemua 29 PUSPEN di seluruh Malaysia, sila e-mel pegawai saya di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," katanya. ###

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK