fb fb fb fb fb

Pembatalan pendaftaran POS: PJS diarah teliti semula masalah ikut undang-undang sedia ada

IPOH, 23 April- Susulan isu pembatalan pendaftaran Persatuan Olahraga Selangor (POS), Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) meneliti semula masalah tersebut mengikut undang-undang sedia ada.

PJS sebelum ini mengesahkan pendaftaran POS dibatalkan dengan alasan badan induk itu tidak lagi aktif dan bukan entiti yang patut atau wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya di mana-mana negeri atau di Malaysia.

Ia sekali gus menyaksikan semua pemilihan termasuk kepimpinan terdahulu badan induk itu adalah tidak sah.

"Bukan sahaja masalah Persatuan Olahraga Selangor banyak lagi tempat-tempat lain. PAFA kita di Perak ni pun ada masalah. tapi saya sudah arahkan Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti setiap kes dan buat keputusan mengikut peraturan dan undang-undang yang ada melalui Pesuruhjaya," kata Ahmad Faizal.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Kembara Sahur Peja Bersama Funride Riders di Ipoh.

Semalam POS merayu campur tangan Menteri KBS dalam isu pembatalan pendaftaran badan sukan negeri itu, mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.

Surat rayuan sudah dihantar pada 20 April lalu.

Media Baharu