fb fb fb fb fb

Pembangunan bola sepak, peruntukan dinaikkan kepada RM30 juta

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Januari- Peruntukan pembangunan bola sepak negara dinaikkan kepada RM30 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak RM15 juta akan menggunakan peruntukan yang diumum dalam Belanjawan 2025 dan RM15 juta Iagi akan dibiayai pihak swasta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan akan diguna untuk program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.

"Selain mempersiap pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa.

Dana tersebut juga akan dimanfaatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi," kata kenyataan itu.

Usaha juga akan ditumpukan untuk wujudkan lebih ramai pemain pelapis pasukan Harimau Malaya dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah-23 negara.

Anwar berharap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas baginda dalam industri bola sepak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM