fb fb fb fb fb

Pemain remaja dari tiga negara luar turut serta, kejohanan tenis remaja terbuka MBPJ

PETALING JAYA, 14 Disember - Seramai 175 pemain tenis dalam dan luar negara bakal berentap dalam kejohanan tenis remaja terbuka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 17 hingga 21 Disember ini.

Kejohanan memasuki edisi ke-32 itu bakal dihangatkan lagi dengan penyertaan pemain remaja dari Australia, India dan Singapura.

Naib Presiden Persatuan Tenis Selangor, Tengku Datuk Mohamed Alhaj Tengku Harun berkata kejohanan itu kekal bertaraf ranking remaja kebangsaan yang akan memberikan mata ranking kepada semua pemain.

"Jadi oleh kerana mereka bermain untuk dapatkan kedudukan mata, jadi boleh katakan hampir semua pemain remaja akan menyertai kejohanan ini, pada setiap kali dia bermain, dia akan dapat mata.

"Jadi untuk tentukan di peringkat kebangsaan nanti siapa akan terpilih mewakili negara, dari situ lahkeduduka dia akan kira. Jadi mana yang yang tidak cukup mata sebelum itu dia akan sertai kejohanan MBPJuntuk mendapatkan lebih mata," kata Tengku Datuk Mohamed Alhaj di sini.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media kejohanan yang turut dihadiri Datuk Bandar MBPJ Tuan Mohamad Azhan Md Amir, jelas Tengku Datuk Mohamed Alhaj, mata ranking ini hanya diguna pakai kepada pemain tempatan.

(Tengku Datuk Mohamed Alhaj ketika bercakap dalam sidang media)

Kejohanan tenis terbuka remaja MBPJ melibatkan pemain berumur umur 8 hingga 16 tahun kategori lelaki dan wanita.

Media Baharu