fb fb fb fb fb

Manuel Ott sertai KDA FC

ALOR SETAR, 14 Disember- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengukuhkan saingan Liga Super 2023 dengan mengikat pemain baharu daripada Terengganu FC, Manuel Gelito Ott.

Berasal dari Munich, Jerman, pemain berusia 30 tahun itu akan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama KDA FC.

Dia bakal mengisi posisi tengah dan bakal mengenakan jersi nombor lapan KDA FC.

Manuel Ott bakal menjadi perhatian di Liga Malaysia dengan kelincahan mengemudi bahagian serangan serta kreatif dalam mengumpan dan mampu menjaringkan gol daripada sudut sukar.


(Dia bakal mengisi posisi tengah dan bakal mengenakan
jersi nombor lapan KDA FC)

Pemain Kebangsaan Filipina itu bakal menjadi aset Sang Kenari musim depan bergandingan dengan seorang lagi pemain import Asia, Amirbek Juraboev yang berasal dari Dushanbe ,Tajikistan.

Media Baharu