fb fb fb fb fb

Program dirangka KBS terhadap atlet negara tidak akan dirombak

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan cuba mencari peruntukan tambahan dalam usaha memastikan persiapan kontinjen negara ke dua temasya sukan pada tahun depan tidak terjejas.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, ia penting kerana pihaknya tidak mahu fokus atlet negara terganggu, sekali gus memberi kesan terhadap sasaran pingat Malaysia.

Dua temasya yang bakal disertai Malaysia tahun depan adalah Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Sebelum ini, Hannah memberi jaminan beliau tidak akan merombak sebarang program yang telah dirangka KBS terhadap atlet negara.


(Dua temasya yang bakal disertai Malaysia tahun depan adalah Sukan
SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China)

"Sukan ini sangat penting. Para atlet akan fokus kepada latihan mereka nanti.Saya akan cuba melaksanakan terbaik," katanya ketika ditemu bual pemberita di Angkasapuri, di sini.

Sukan SEA 2023 Kemboja akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei tahun depan.

Media Baharu