fb fb fb fb fb

Perlu komitmen tinggi untuk urus pasukan bola sepak bagi cari penaja

 Kedah akan bangkit jadi pasukan elite bola sepak negara.

SIK, 6 Julai - Skuad bola sepak Kedah perlu menunjukan komitmen yang tinggi walaupun terpaksa beraksi di Liga A1 Semi Pro 2025/2026.

Pengerusi Rangkaian Sahabat DMK, Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim berkata, walaupun rata-rata peminat bola sepak Kedah kecewa keputusan terpaksa beraksi di Liga A1, beliau berharap Kedah akan bangkit menjadi sebuah pasukan elite yang gemilang di arena sukan bola sepak seperti sebelum ini.

" Bola sepak ini masih lagi sukan nombor satu di Malaysia, di negeri kedah masih lagi mendapat tempat dan minat di kalangan rakyat dan saya harapkan pasukan ini diuruskan dan ditakbir dengan baik serta boleh mencari penaja untuk menarik sokongan", katanya.

Datuk Muhamad Khizri berkata persatuan bola sepak perlu mengambil pendekatan bekerjasama dengan kerajaan negeri atau individu dengan perjanjian yang kukuh agar bola sepak Kedah tidak menjadi mangsa keadaan.

HASRON BIN HASSAN