GEORGE TOWN, 6 Julai - Jenazah bekas penjaga gol Pulau Pinang, Allayarham Firos Mohamed akan dikebumikan di Tapak Perkuburan Islam Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas Zuhur.
Allahyarham Firos, 53 tahun rebah ketika beraksi bersama pasukan Lagenda Pulau Pinang menentang Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung dalam Piala Dr Zambry Abd Kadir.
Allahyarham dibawa ke Hospital KPJ Manjung oleh pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 10:15 malam tadi.
" Allahyarham tiba-tiba jatuh, ingatkan rebah biasa saja. Kemudian anak berlari kepada ayahnya dan mereka semua buat CPR", kata isteri Allayarham Firos, Filda Hanil Mat
Sementara itu, bekas kapten bola sepak Pulau Pinang, Razwan Mokhtar pula menyatakan amat sedih sekali dengan pemergian Allahyarham Firos.
" Allayarham bekas penjaga gol Pulau Pinang yang dikenali sejak tahun awal 90-an. Beliau merupakan seorang penjaga gol yang hebat iaitu bekas penjaga gol skuad Barcelona-Malaysia. Beliau seorang penjaga gol yang berkaliber ", katanya.
Allahyarham pernah mewarnai pentas Liga Malaysia sekitar tahun 90-an menjadi idola penjaga gol muda ketika itu.