fb fb fb fb fb

Pemain Manchester United pamer solidariti, simpati insiden menimpa Faisal

Pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dan Andre Onana masing-masing melahirkan rasa simpati terhadap pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Tragedi menimpa Faisal Halim terus mendapat perhatian meluas.

Terbaharu, pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dan Andre Onana masing-masing melahirkan rasa simpati terhadap pemain sayap Harimau Malaya itu.

Dua pemain Liga Perdana Inggeris itu meluahkan kata-kata semangat buat Faisal dalam satu program temu bual oleh sebuah televisyen swasta.

Mereka turut mengharapkan yang terbaik untuk Faisal dan kekal tabah.

Sebelum ini media Britain, The Guardian pada Rabu melaporkan kejadian yang menimpa Faisal itu amat mengejutkan.

Laporan tersebut turut mencadangkan agar semua pemain bola sepak mempertimbangkan untuk mengunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian serangan tersebut.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memaklumkan Faisal kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga selain tidak dibenarkan menerima pelawat.

Jelas beliau, pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang.

Menurut beliau, prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran dilalui Faisal pada Jumaat lepas memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN