fb fb fb fb fb

Pelari Iceland, China juara UTMB 2025

Pelari Iceland Kristjan Chapman (kiri) dan Pelari China Jiang Weng Li (kanan). / BERNAMA

TAIPING, 28 September- Pelari Iceland, Kristjan Chapman muncul juara kategori utama kejohanan Malaysia Ultra Trail oleh Ultra-Trail Mont-Blanc (UTMB) 2025 yang disertai hampir 3,000 peserta dari 64 negara.

Dia menamatkan cabaran sejauh 96.7 kilometer (km) dengan catatan masa 11 jam 39 minit 26 saat.

Pencabar utama dari China, Bai Xing Zhi dari China di terpaksa berpuas hati di tempat kedua (11:51.52), tempat ketiga milik Kanta Mizutani dari Jepun (12:14.56).

"Ia memang menakjubkan, saya sangat gembira dapat melakukannya.

"Saingan di lebuh raya sudah tentunya paling sukar suhu yang panas dan pendakian yang mencabar," kata Chapman.

Pelari Malaysia, Sua Yih Huan turut cemerlang selepas menamatkan saingan di tempat keempat dengan masa 12 jam 49 minit 48 saat, sekali gus muncul wakil negara terbaik dalam kategori berprestij itu.

Bagi kategori utama wanita, wakil China, Jiang Wen Li muncul juara dengan catatan 15 jam 11 minit 33 saat, diikuti pelari Jepun, Mika Taniguchi di tempat kedua, manakala So Kit Yang dari Hong Kong menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sementara itu penganjur kejohanan, Ewegene Tan berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan peserta malah mereka menamatkan perlumbaan tanpa kecederaan serius.

Kejohanan antarabangsa yang memasuki edisi kedua itu melibatkan laluan denai mencabar merentasi persekitaran hutan hujan tropika dan laluan berbukit di sekitar Bandar Warisan Taiping.

Acara pelepasan bermula seawal pukul 3.00 pagi.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID