fb fb fb fb fb

Pelantikan Wong Tat Meng mampu kembalikan prestasi Zii Jia-Hannah

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 30 Mei-Pelantikan Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan untuk jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia adalah satu tindakan yang wajar.

Perkara itu dijelaskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menginginkan anak jati kedah itu kembali menaiki podium.

"Kita tahu, sebelum ini dia (Lee Zii Jia) ada masalah dengan jurulatih terdahulu.

"Ia sangat penting buatnya untuk mempunyai jurulatih. Kita sangat gembira dengan tindakannya (Lee Zii Jia) melantik jurulatih baharu.

"Kita berharap agar dia dapat melakukan perubahan. Kita juga tahu Zii Jia mahu menang pingat emas Olimpik Paris 2024", katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) hari ini.

Kehadiran Tat Meng diharapkan mampu memperbaiki prestasi Zii Jia dalam mengharungi pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Zii Jia beraksi tanpa khidmat jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan jurulatihnya, Indra Wijaya pada November tahun lalu.

Buat masa ini Tat Meng masih lagi terikat dengan tugasnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Hong Kong selepas membimbing pasukan Korea Selatan dari tahun 2019 hingga 2022.


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/FOTO RTM)

Media Baharu