fb fb fb fb fb

Isu gaji pemain Kelantan FC selesai

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 30 Mei-Pemain Kelantan FC kini boleh menarik nafas lega selepas pemilik pasukan, Norizam Tukiman mengesahkan, pihak pengurusan sudah membayar semua gaji pemain.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham turut mengesahkan baki gaji sebanyak 50 peratus yang ditahan akan dibayar semuanya.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Zamsaham turut menafikan, pasukan itu berdepan tunggakan gaji sehingga dua bulan.

Jelasnya, biarpun ada pembayaran gaji yang dibuat secara berperingkat, semua pemain tetap mendapat gaji penuh.

Bagaimanapun, prestasi kurang memberangsangkan menyaksikan beliau terpaksa 'menahan' gaji kerana mahukan barisan pemain 'The Red Warriors' bangkit mencipta kemenangan.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu