fb fb fb fb fb

Pecah rekod temasya, Aniq dan Aznil terima hadiah jam tangan Longines

BIRMINGHAM, 3 Ogos- Cemerlang dengan mencatat rekod baharu temasya, dua atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin menerima hadiah jam tangan jenama Longines.

Majlis penyerahan disempurnakan wakil Longines dan turut disaksikan Chef De Mission kontinjen negara, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib.

Penghargaan berupa jam tangan koleksi khas Birmigham 2022 itu merupakan hadiah buat mana-mana atlet yang berjaya memecahkan rekod temasya.

Terdahulu, Mohamad Aniq Kasdan muncul penyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya sukan berkenaan melalui kategori 55 kilogram (kg).

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu menamatkan saingan snatch dengan angkatan berat 107 kilogram dalam percubaan pertamanya seblum memecahkan rekod temasya dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kg.

Manakala Muhamad Aznil Bidin yang menyumbang pingat emas kedua negara melalui kategori 61kg, turut memecahkan rekod kejohanan  dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

Longines merupakan rakan kongsi dan penjaga masa rasmi untuk temasya Komanwel kali ini.


(Wakil Longines (tengah) diapit oleh Aniq dan Aznil dan turut disertai
Ketua Kontinjen Datuk Shahrul Zaman Yahya serta
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib)

Media Baharu