fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah mara ke pusingan 16 Terbuka Artik

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 Oktober - Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 selepas menewaskan pasangan Denmark, Natasja P. Anthonisen-Amalie Cecilie Kudsk, di Vantaa, Finland, hari ini.

Pada aksi pusingan 32 itu, Pearly-Thinaah yang juga beregu nombor dua dunia, tampil dominan sejak awal perlawanan dengan corak permainan pantas dan serangan tepat ke gelanggang lawan.

Mereka hanya mengambil masa 32 minit untuk mencatat kemenangan selesa 21-13, 21-14 ke atas pasangan Denmark yang menduduki ranking ke-127 dunia, dalam pertemuan pertama kedua-dua pasangan itu.

Pearly-Thinaah seterusnya dijadual berdepan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, bagi memburu slot ke suku akhir kejohanan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE