KUALA LUMPUR, 25 Mei- Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila tumpas kepada pasangan Korea Selayan, Lee Yu Lim dan Shin Seung Chan dalam saingan badminton Malaysia Master 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Pada pentas separuh akhir menyaksikan pasangan pilihan kedua dan ranking keenam dunia itu dikalahkan dengan straight set 21-16 dan 21-11.
Ia merupakan kekalahan pertama dalam dua perlawanan berdepan pasangan Korea itu.
Pearly-Thinaah ketika ini turut mempersiapkan diri ke kejohanan Terbuka Singapura 2024 pada 28 Mei ini dan Terbuka Indonesia 2024 pada 4 Jun depan sebelum menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.