KUALA LUMPUR, 25 Mei - Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie menceriakan penyokong negara selepas berjaya melangkah ke peringkat akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.
Saingan yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan pasangan diranking ke-6 dunia itu menampilkan prestasi cemerlang apabila menundukan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.
Gandingan pilihan ke-4 itu hanya memerlukan 40 minit untuk meraih kemenangan 11-21 dan 19-21 bagi mengesahkan kemaraan.
"Bagi kita game plan first thing mesti mahu ikut Cheng Tan Jie dahulu, sebab dia punya kelajuan memang power. Saya harus kejar dahulu baru nampak game plan dan redeem semua control game dan barulah strategi boleh masuk," katanya selepas memenangi perlawanan separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.
Pada pentas akhir esok pasangan negara akan berhadapan dengan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari yang terlebih dahulu berjaya membenam pasangan Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra 26-24, 14-21 dan 21-18.