fb fb fb fb fb

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan Indonesia, mara ke pentas akhir

Malaysia menepati ramalan mara ke pentas akhir acara berpasukan selepas mengetepikan Indonesia pada aksi separuh akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Malaysia menepati ramalan mara ke pentas akhir acara berpasukan selepas mengetepikan Indonesia pada aksi separuh akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa.

Kemaraan skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu menyaksikan Malaysia akan bertemu Thailand selepas Thailand berjaya mengatasi Korea dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Berdepan Indonesia, Malaysia meletakkan trio utama Amirul Zazwan, Mohd Haziq dan Mohamad Noraizat untuk meraih mata pertama buat negara dengan menundukkan Abdul Halim Radjiu, Jelki Ladada dan Hendra Pago, 15-12,15-9.

Indonesia kemudiannya terus dikecewakan apabila Malaysia meraih mata kedua menerusi gandingan Farhan Adam, Mohamad Azlan dan Mohd Syahir dengan keputusan 15-8,15-7. Indonesia diwakili oleh M Hardisyah, M taufik R dan Rusdi.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi Thailand di pentas akhir Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 esok (Ahad).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN