fb fb fb fb fb

PBMM anjurkan Piala Nusantara libatkan lima negara ASEAN

Majlis Pelancaran Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-103 musim 2025 / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) merancang menganjurkan kejohanan sulung Piala Nusantara pada penghujung tahun ini dengan Melaka dipilih sebagai tuan rumah.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed berkata kejohanan itu akan melibatkan lima negara serantau iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Piala Nusantara akan dilangsungkan selepas tamat kempen Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-103. Kita akan membentuk pasukan kebangsaan berdasarkan penilaian pemain dalam PERR 2025,” katanya selepas Majlis Pelancaran PERR edisi ke-103 musim 2025, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Rustam.

Sebanyak 15 pasukan akan menyertai PERR 2025 yang dijadual bermula Oktober hingga November depan. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN