fb fb fb fb fb

Pasukan olahraga Kenya disambut meriah selepas raih 11 pingat di Tokyo

Lilian Odira diraikan meriah setibanya di Nairobi selepas memenangi emas 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia 2025/Reuters

NAIROBI, 24 September- Pasukan olahraga Kenya diberi sambutan meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta (JKIA), Nairobi susulan pencapaian membanggakan pada Kejohanan Olahraga Dunia 2025 di Tokyo, tempoh hari.

Kenya berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Amerika Syarikat (AS) dengan kutipan 11 pingat termasuk tujuh emas.

Tumpuan terarah kepada Beatrice Chebet yang menggondol emas berganda dalam acara 5,000 meter dan 10,000 meter, serta Faith Kipyegon yang terus mengukuhkan legasi dengan menambah satu lagi gelaran dunia 1,500 meter.

Sambutan meriah di JKIA turut diserikan dengan kehadiran ribuan peminat, penari tradisional dan pegawai kerajaan yang meraikan kejayaan atlet kebangsaan.

Lilian Odira, yang memecahkan rekod kejohanan berusia 42 tahun dalam acara 800 meter wanita, diraikan dengan penuh gemilang apabila diangkat di atas bahu rakan sepasukan dan ahli keluarga.

Kerajaan Kenya turut mengumumkan semua pemenang pingat dibawa pulang dengan kelas perniagaan serta bakal menerima kadar bonus kewangan baharu mengikut pencapaian masing-masing. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM