fb fb fb fb fb

Paris Master: Nadal tersingkir, tewas menentang lawan bukan pilihan

PARIS, 3 November - Rafael Nadal gagal meneruskan kemaraan pada kejohanan tersebut selepas tewas pada aksi pusingan kedua.

Lebih memilukan apabila bekas pemain No.1 dunia itu kecundang menentang lawan bukan pilihan, Tommy Paul dari Amerika Syarikat.

Dalam saingan tersebut, Nadal tewas dengan keputusan 6-3, 6-7, 1-6.

Kekalahan itu juga merencatkan usaha Nadal untuk merampas gelaran No. 1 dunia daripada Carlos Alcaraz.


(Pemain Tenis Sepanyol, Rafael Nadal/FOTO AFP)

Selepas ini di pusingan 16 akhir, Paul dijadual menentang Pablo Carreno Busta dari Sepanyol.

Dalam satu lagi aksi pusingan kedua menyaksikan pemain Perancis, Gilles Simon meraih kemenangan selepas menewaskan Taylor Fritz dengan keputusan 7-5, 5-7, 6-4

Kekalahan Fritz itu sekali gus menyukarkan peluangnya untuk layak ke saingan ATP Final di Turin. - REUTERS

Media Baharu