fb fb fb fb fb

CAS dengar rayuan FFCh berhubung kebenaran Ecuador beraksi di Piala Dunia, esok

(Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) / REUTERS)

LAUSANNE, 3 November- Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka mendengar rayuan Persekutuan Bola Sepak Chile (FFCh) pada 4 dan 5 November terhadap keputusan FIFA membenarkan Ecuador bermain di Piala Dunia.

Badan induk dunia FIFA awal bulan ini menolak rayuan dalam kes pemain Ecuador Byron Castillo, yang didakwa Chile tidak layak untuk bermain dalam aksi kelayakan kerana dia dilahirkan di Colombia.

Castillo bermain dalam lapan perlawanan kelayakan Ecuador termasuk dua kali menentang Chile untuk Piala Dunia Qatar apabila mereka menduduki tempat keempat, manakala Chile menduduki tempat ketujuh.

Ecuador menafikan sekeras-kerasnya pemain itu tidak layak beraksi untuk La Tricolor.

Menurut sumber, Castillo telah diminta untuk hadir pada perbicaraan tersebut.

Perbicaraan bakal turut merangkumi hujah oleh Persekutuan Bola Sepak Peru, yang juga membuat rayuan berikutan keputusan FIFA.

Peru menduduki tempat kelima dalam kelayakan Amerika Selatan, terlepas tempat automatik terakhir untuk ke Qatar.

FIFA bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Keputusan dijangka diumumkan pada 10 November, beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula pada 20 November dengan Ecuador dijadualkan menentang tuan rumah Qatar. -REUTERS


(Pemain Ecuador, Byron Castillo didakwa tidak layak mewakili La Tricolor

kerana dilahirkan di Colombia / REUTERS)

Media Baharu