PARIS, 2 September - Atlet lompat jauh para lelaki negara, Wong Kar Gee, meluahkan rasa kecewa selepas gagal meraih pingat buat Malaysia dalam temasya sukan terbesar dunia yang berlangsung di Stade De France, Paris.
Wong, yang berusia 33 tahun, mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan dalam saingan hari ini.
Dalam pertandingan kategori T12, Wong Kar Gee mencatatkan lompatan terbaik sejauh 6.85 meter.
Namun, keputusan tersebut masih kurang 3 meter untuk melayakkannya meraih pingat gangsa.
Pingat emas dalam acara ini dimenangi oleh atlet Azerbaijan, Said Najafzade, dengan lompatan sejauh 7.27 meter, manakala pingat perak diraih oleh atlet Uzbekistan, Doniyor Saliev.
Atlet Argentina, Fernando Vazquez, pula berjaya membawa pulang pingat gangsa.