fb fb fb fb fb

Trofi Tuanku Muhriz 2024 tarik tumpuan pemain skuasy dunia

Tuanku Muhriz (berdiri empat dari kiri) bersama pemenang Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Muhriz 2024 (TMT 2024)/Foto Persatuan Squash Negeri Sembilan

SEREMBAN, 3 September - Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Muhriz 2024 (TMT 2024) telah berlangsung dengan jayanya serta menjadi tumpuan pemain skuasy dunia.

Lebih manis lagi kejohanan yang memasuki edisi ketiga itu berjaya menarik penyertaan pemain daripada 12 negara.

Menurut Presiden Persatuan Skuasy Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Persatuan Skuasy Negeri Sembilan amat bertuah kerana mempunyai gelanggang skuasy terbaik di negara ini yang terletak di Pusat Skuasy Kompleks Sukan Tan Sri Datuk Mohd Said, Seremban 2.

"Yang pertama saya sangat gembira kerana berada di sini pada ulang tahun ke-25 PSNS...kami telah mempunyai hampir setahun gelanggang terbaik di negara ini, hasilnya kaki telah telah menarik banyak kejohanan peringkat antarabangsa seperti ACE Piala Malaysia 2023 tetapi sebagai persatuan kami menganjurkan kejohanan termasuk piala presiden psns dan piala preseiren tuanku muhriz yang menyaksikan Aira Azman muncul sebagai pemenang," katanya.

Tunku Zain berucap demikian pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-25 Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS) di sini, malam tadi.

Terdahulu, Pemain skuasy wanita muda negara, Aira Azman berjaya menjulang kejuaraan Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Muhriz 2024 selepas menewaskan wakil dari Hong Kong, Chan Sin Yuk, 3-0, dalam final di Kompleks Sukan Datuk Mohd Said, Seremban 2.

Aira antara empat pemain skuasy selain Aifa Azman, S Sivasangari dan Ng Eain Yow disenaraikan dalam Program Fast Track yang diwujudkan bagi melahirkan atlet muda berbakat yang baharu berumur antara 16 hingga 25 tahun dan berpotensi merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028). 

GRACE AISYAH KEDAYAN