fb fb fb fb fb

Liek Hou hadiahkan pingat emas pertama negara

Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou sumbang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024/Foto BAM

PARIS, 3 September - Jaguh badminton para negara, Cheah Leik Hou menghadiahkan pingat emas pertama negara selepas menundukkan wakil Indonesia, Suryo Nugroho di pentas final perseorangan SU5 dalam sukan Paralimpik Paris 2024.

Lebih bermakna, beliau mempertahankan pingat emas paralimpik yang dimenangi pada edisi Tokyo 2020.

Di hadapan penyokong yang penuh semangat di Porte de La Chapelle Arena, pemain pilihan utama, Liek Hou, menunjukkan kehebatannya dengan menamatkan pertandingan dalam tempoh 42 minit sahaja untuk mengesahkan kejuaraan.

Pemain berusia 36 tahun itu memperlihatkan kemahiran yang mengagumkan apabila menewaskan lawannya, Suryo, dengan keputusan 21-13, 21-15.

Kemenangan itu merupakan kemenangan yang ke-14 untuk Liek Hou dalam 18 pertemuan mereka, mengukuhkan lagi statusnya sebagai juara dunia lapan kali.

Kemenangan itu bukan sahaja menambah koleksi kejuaraannya tetapi juga membuktikan kemampuannya dalam menghadapi persaingan sengit.

Liek Hou terus mempamerkan prestasi cemerlang yang memukau peminat dan pemerhati sukan.

GRACE AISYAH KEDAYAN