ROM, 12 September - Armada Ocean Race Europe kini menghampiri separuh perjalanan bagi perlumbaan peringkat kelima dan terakhir menuju ke Boka Bay, Montenegro selepas berlepas dari Genoa, Itali pada Ahad lalu.
Laluan sejauh 1,600 batu nautika itu membawa mereka melepasi pulau Itali, Pantelleria sebelum meneruskan haluan ke arah timur menuju Sicily.
Pasukan Paprec Arkea yang diketuai Yoann Richomme sedang mendahului dengan jarak tipis beberapa kilometer di hadapan pesaing utama, Biotherm, manakala Allagrande Mapei Racing dan Team Malizia terus memburu rapat di belakang.
Paprec Arkea turut meraih dua mata di pintu mata bagi Peringkat 5, sekali gus merapatkan jurang dan kini hanya ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu keseluruhan, Biotherm ketika perlumbaan memasuki detik penentu.-REUTERS
