fb fb fb fb fb

Pan Gon optimis Harimau Malaya mampu bangkit menentang Oman di laman sendiri

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon

KELANA JAYA, 26 Mac - Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon yakin pasukannya mampu bermain dengan baik apabila beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun, beliau mengakui pasukan di ranking ke-80 itu mempunyai prestasi lebih baik.

"Ya, Oman adalah pasukan lebih baik daripada kami, jadi tentu mereka akan menyerang kami. Malah esok (hari ini) perlawanan sengit antara pasukan berkedudukan tinggi mereka mungkin mencari kedudukan pertama dalam kumpulan dan sudah pasti mereka akan menyerang.

"Bermain di laman sendiri sangat penting bagi kami, kerana tidak mahu mengalah dan akan berjuang sebaik mungkin," katanya pada sidang media praperlawanan di Wisma FAM,pada Isnin.

Perlawanan malam ini adalah misi membalas dendam terhadap Oman atas kekalahan 0-2 pada perlawanan Kumpulan D sebelum ini di Muscat.

Dalam pada itu, Oman tidak gentar berdepan Harimau Malaya walaupun bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Keyakinan itu disuarakan Ketua Jurulatihnya, Jaroslav Silhavy yang dalam misi mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan D.

Bagaimanapun beliau menjangkakan perlawanan yang sengit termasuk berdepan pemain 'ketiga belas' iaitu penonton tuan rumah.

"Kami percaya Malaysia pasukan yang hebat, kami tahu mereka bermain sangat bagus, kami menghormati mereka kerana bermain di Malaysia dan kami akan melakukan serangan permulaan yang terbaik kerana kami mengenali mereka sangat pantas dan kebijakan mereka.

"Mereka mempunyai pemain yang sangat baik, sangat cepat dan kami bersedia untuk mereka," kata Silhavy.

Oman kini mendahului Kumpulan D, berkongsi enam mata bersama-sama Republik Krygyz dan Malaysia namun mempunyai kelebihan perbezaan jaringan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN