fb fb fb fb fb

Padres atasi Dodgers, rebut semula tangga teratas Liga Barat

Foto REUTERS

SAN DIEGO, 24 Ogos - Nestor Cortes hanya membenarkan satu pukulan dalam enam inning tanpa bolos dan Ramon Laureano menyumbang dua larian untuk membantu San Diego Padres menewaskan Los Angeles Dodgers, sekali gus kembali menduduki tangga teratas dalam Liga Barat Kebangsaan, pada Sabtu.

Cortes (2-2) menyingkirkan 16 pemukul pertama yang dihadapinya sebelum Miguel Rojas mematahkan usahanya untuk mencatat permainan sempurna dengan satu pukulan ke kanan pada inning keenam. Cortes melakukan tiga strikeout dan 56 daripada 81 balingannya adalah strike.

Tyler Glasnow (1-2) menanggung kekalahan apabila membenarkan tiga larian hasil dua pukulan dan empat walk dalam empat inning sambil mencatat tiga strikeout. Padres hanya berjaya melakukan tiga pukulan tetapi memperoleh enam walk dalam perlawanan tersebut. Kedua-dua pasukan hanya mengumpul lima pukulan secara keseluruhan. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE