fb fb fb fb fb

Orozco, pemain import terakhir Selangor FC

(Pemain tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía diumumkan sebagai pemain import
terakhir Selangor FC)

SHAH ALAM, 15 Februari - Pemain tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía atau lebih dikenali dengan Orozco diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023, bermula 24 Februari ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berkata pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

"Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baiknya dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi.

(Foto FB Selangor FC)

“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol. Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti," katanya.

Cheng Hoe berkata demikian menerusi kenyataan dalam portal rasmi Selangor FC.  

Orozco merupakan rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu. -BERNAMA

Media Baharu