fb fb fb fb fb

Liga Super 2023: Kelantan FC ikat seorang lagi pemain Sepanyol

(FOTO FB TRW KELANTAN FC)

KOTA BHARU, 15 Februari - Pasukan Kelantan FC kini mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import dari Sepanyol bagi menguatkan pasukan tersebut.

Ia menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini.

Dalam satu kenyataan, Kelantan FC memaklumkan pemain pertahanan berusia 32 tahun, Miguel Angel Garrido Cifuentes telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama semusim, semalam.  

Miguel Angel merupakan pemain import keenam Kelantan FC bagi musim ini.


(Miguel Angel Garrido Cifuentes merupakan pemain import keenam Kelantan FC bagi musim
ini/ Foto FB TRW Kelantan FC)

"Miguel Angel akan menjalani latihan bersama pasukan untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain dan kami berharap pengalamannya beraksi di pentas bola sepak Sepanyol dan Eropah mampu memberi impak besar kepada Kelantan FC musim ini," menurut kenyataan tersebut, hari ini.

Sebelum ini, lima pemain import sah menandatangani kontrak selama semusim bersama Kelantan FC iaitu Kim Ming Kyu dan Kang Eui Chan (Korea Selatan), Christian Mangaron Rontini (Itali-Filipina), Mario Arques (Sepanyol), dan Nuha Marong Krubally (Gambia).

Media Baharu