fb fb fb fb fb

Salah kritik UEFA berhubung kematian 'Pele Palestin'

Foto AFP

LONDON, 10 Ogos- Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengkritik UEFA susulan status yang dimuat naik di media sosial badan induk bola sepak Eropah itu berhubung kematian "Pele Palestin" Suleiman al-Obeid.

Menerusi hantaran tersebut, UEFA memberikan penghormatan kepada al-Obeid namun tidak menyebut bekas pemain antarabangsa Palestin itu meninggal dunia akibat tembakan Israel di Gaza.

Obeid, 41, dilaporkan terbunuh pada Rabu apabila tentera Israel menyasarkan orang awam yang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Gaza.

Salah kemudian membalas menerusi hantaran di media sosial dengan menyebut: "Bolehkah anda memberitahu kami bagaimana dia (al-Obeid) meninggal dunia, di mana, dan mengapa?"

Dilahirkan di Kota Gaza, al-Obeid telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.

Dia telah terlibat dalam 24 perlawanan antarabangsa untuk pasukan Palestin.

Pada Oktober 2023, Salah menyeru "pemimpin dunia untuk bersatu" membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi "mencegah pembantaian jiwa yang tidak bersalah".

Sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza pada Oktober 2023, seramai 662 rakyat Palestin daripada sektor sukan dan pengakap telah terbunuh, termasuk 321 dalam komuniti bola sepak. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello