fb fb fb fb fb

Tindakan tegas terhadap salah guna kuasa dan dana - Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 16 Februari - Kerajaan Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau persatuan sukan yang didapati menyalah guna kuasa dan penyelewengan dana sehingga menjejaskan kebajikan para atlet.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, tindakan tegas akan diambil termasuk memberi laluan kepada pesuruhjaya sukan dan badan bebas untuk menjalankan siasatan.

Beliau juga menyarankan setiap persatuan sukan di Johor membuat audit bagi tahun 2023 dan menyerahkan laporan kepada Majlis Sukan Negeri Johor bagi tujuan rekod serta simpanan.

Persatuan yang menerima geran tahunan daripada Kementerian Belia dan Sukan juga perlu membuat pemakluman kepada ahli lembaga atau persatuan, untuk memastikan ketelusan urus tadbir.

"Integriti persatuan bermula daripada presiden sehingga ahlinya...jangan pula dipolitikkan persatuan sukan kerana politik dan sukan tidak patut dicampurkan, pejabat saya akan memantau bukan sahaja pencapaian atlet malah setiap pengurusan persatuan," kata Mohd Hairi di sini.

(Mohd Hairi minta MSNJ mengenal pasti persatuan sukan yang tidak aktif, supaya ditutup)

Mohd Hairi berucap semasa Majlis Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor, yang menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Johor layak menerima geran A, berjumlah RM100,000, manakala lima lagi persatuan menerima geran B bernilai RM70,000.

10 persatuan sukan menerima geran C, bernilai RM50,000.

Media Baharu