fb fb fb fb fb

Ooi Tze Liang terlepas peluang ke Olimpik Paris 2024

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Harapan atlet terjun negara, Ooi Tze Liang untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian.

Ini selepas skuad terjun negara gagal memperoleh slot tambahan daripada Akuatik Dunia.

Pengarah Teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas memaklumkan perkembangan itu selepas mendapat pengesahan daripada Akuatik Dunia berkenaan slot tersebut.

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri berjaya mengesahkan penyertaan ke Sukan Olimpik melalui kuota tambahan yang tidak digunakan atlet negara lain.

Selain Dhabitah, atlet muda negara, Bertrand Rhodict Lises, turut akan bersaing di Olimpik Paris.

Beliau menjadi atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2024 selepas menempatkan diri di tempat ke-10 dalam acara 10 meter platform individu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM