fb fb fb fb fb

Olimpik Paris: Beregu wanita negara terlepas pingat gangsa

Gandingan ke-12 dunia itu memberikan kemenangan 21-11 kepada Jepun dalam tempoh 19 minit.

PARIS, 3 Ogos- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terlepas pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 selepas tumpas 'straight sets' kepada pasangan keempat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di Porte de La Chapelle Arena.

Set pertama dikuasai beregu Jepun sejak awal permainan.

Corak permainan pantas mereka berjaya memberi tekanan buat Pearly dan Thinaah untuk mendahului 16-8 pada satu ketika.

Gandingan ke-12 dunia itu memberikan kemenangan 21-11 kepada Jepun dalam tempoh 19 minit.

Situasi hampir sama juga dipamerkan di set kedua.

Matsuyama dan Shida bijak mencari peluang untuk terus menjarakkan kedudukan, sekali gus menang 21-11 dalam tempoh 22 minit untuk meraih pingat gangsa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM