fb fb fb fb fb

Olimpik Paris: Muhammad Azeem gagal ke separuh akhir

Azeem yang berlari di lorong kelapan sekadar mencatat masa 10.45 saat.

PARIS, 3 Ogos- Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi gagal melangkah ke separuh akhir acara 100 meter di Olimpik Paris 2024 selepas sekadar mencatat 10.45 saat di peringkat saringan kedua pusingan pertama.

Muhammad Azeem yang berlari di lorong kelapan sekadar mencatat masa 10.45 saat.

Catatan masa itu adalah yang paling rendah dalam saringan kedua, sekali gus menyaksikan Muhammad Azeem gagal ke separuh akhir.

Muhammad Azeem sebelum itu mara ke peringkat saringan setelah melepasi pusingan kelayakan awal.

Masa yang dicatat adalah 10.42 saat.

Kedua-dua catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod kebangsaan 10.09 saat yang dipegangnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM