KUALA LUMPUR, 13 Julai- Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dijangka memulakan kempen dengan laluan mudah apabila diundi dalam kumpulan G untuk aksi temasya Olimpik Paris 2024.
Pemain diranking ke-7 dunia itu bakal berdepan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe dan Sepanyol, Pablo Abian.
Namun, nasib beberapa wakil negara kurang baik semasa proses undian.
Pemain persorangan wanita, Goh Jin Wei perlu bekerja keras apabila diundi bersama pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun dalam kumpulan H.
Pemain diranking ke-33 dunia itu juga bakal berdepan pemain Afrika Selatan, Johanita Scholtz.
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah juga mendapat laluan sukar diundi dengan beregu pertama dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan dalam kumpulan A.
Kumpulan itu juga dihuni Mayu Matsumoto - Wakana Nagahara dari Jepun dan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tan Jie dan Toh Ee Wei dijangka mampu melepasi kumpulan D.
Cabaran utama meraka adalah beregu nombor dua dunia dari China, Feng Tan Zhe dan Huang Dong Ping selain dihuni wakil Amerika Syarikat dan Singapura.
Temasya berprestij itu akan berlangsung bermula 26 Julai depan hingga 11 Ogos 2024.