fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024, guna katil kadbod kitar semula

FOTO REUTERS

PARIS, 14 Julai- Katil kadbod kitar semula akan kembalikan digunakan semua atlet pada Temasya Olimpik Paris 2024.

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis dihadiri Presiden Paris 2024, Tony Estanguet dan Ketua Pegawai Eksekutif Airweave, Motokuni Takaoka.

Katil kadbod berkenaan mula digunakan semasa Olimpik Tokyo 2021.

Menurut Takaoka, pihaknya menambah baik ketahanan katil tersebut bagi edisi di Paris.

"Pada masa itu (Olimpik Tokyo) kami reka katil kadbod untuk menahan lompatan tiga atau empat orang. Kerana selepas anda mendapat pingat, atlet menjadi sangat gembira, dan mungkin tiga orang akan melompat di atas katil.

Tetapi semasa Olimpik Tokyo, saya rasa lebih sepuluh orang melompat atas katil. Jadi, kami jadikan katil ini boleh menampung lebih dua orang daripada itu, kali ini lebih kuat," kata Takaoka kepada Reuters.


(FOTO REUTERS)

16,000 katil kadbod telah ditempah oleh Paris 2024 daripada syarikat Jepun, Airweave dan akan dihantar ke perkampungan Olimpik antara Mac hingga Jun 2024.

Katil dan tilam itu akan digunakan semasa sukan Olimpik dan Paralimpik, sebelum didermakan kepada badan amal.-REUTERS

Media Baharu