fb fb fb fb fb

Liverpool letak harga Henderson, £20 juta pound untuk Al-Ettifaq

FOTO REUTERS

LIVERPOOL, 14 Julai- Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool meletakkan harga £20 juta pound untuk melepaskan pemainnya, Jordan Henderson ke Al-Ettifaq.

Kapten Liverpool itu dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk berhijrah.

Kelab Arab Saudi tersebut kini dikendali bekas rakan sepasukannya dan juga legenda Liverpool, Steven Gerrard.

Ketika ini, Henderson 33 tahun, masih memiliki baki kontrak dua tahun di Anfield.

Henderson sebelum ini dikatakan ditawarkan gaji £36 juta pound setahun oleh Al-Ettifaq iaitu kira-kira £700,000 pound seminggu.

Gerrard adalah pengendali Inggeris pertama di Liga Pro Saudi dan beliau mahu membawa Henderson menyertainya.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu